RSS

iNfO obEsity?p/s:obEsity?tAk sukA :(




                                                              APA tUe Obesity ehh??

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lEmAk berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu pEnyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-orgAn badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


pEmAkanAn!!
Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pecernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin,protein, lemak, dan sebagainya.

Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tEnusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.Makanan seimbang perlu. 


CArA AtAsi Obesity??


Mahu atau tidak mahu, suka atau tidak suka seandainya kita hendak menukar status kita daripada obesiti kepada tahap yang normal dan sihat maka kita hendaklah menjalani hidup yang sihat iaitu:1) mengamalkan senaman secara "regular" dan bukan "hangat-hangat tahi ayam".2) amalan pemakanan yang sihat.

SENAMAN.!!
Bersenam atau sebarang aktiviti bergerak akan membuatkan sel-sel otot kita menjadi aktif dan ia penting bagi membolehkan hormon & enzim dalam darah terhasil.
Mitokondria adalah sel-sel yang terdapat dalam otot. Otot yang tidak aktif mengeluarkan tenaga yang sedikit kerana bilangan mitokondrianya sangat kecil. Otot yang kuat membuatkan pembakaran lemak dalam tubuh menjadi pantas dengan penggunaan tenaga yang berkesan. Bermakna kita perlu melakukan senaman yang boleh meninhkatkan saiz otot dan menguatkan otot.

AmAlAn pEmAkAnAn sEimbAng
Amalkan selalu pemakanan yang sihat. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat Malaysia makan apa sahaja tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Tambah-tambah lagi tiadanya ilmu berkenaan pemakanan yang sihat & berapakan sebenarnya kandungan kalori yang harus diambil oleh diri kita setiap hari.

Jika kalori berlebihan & tidak dikeluarkan melalui aktiviti bersenam maka ia akan berkumpul menjadi lemak pada hari tersebut & akan terus berkumpul untuk hari yang berikutnya sehinggalah apabila kita disahkan pengidap penyakit2 seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, obesiti, jantung , kanser, sakit sendi, lenguh2 sendi dan sebagainya. Bila tiba ke peringkat ini maka ibarat kata pepatah "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.."

p/s:obesity adalah satu penyakit yang menyebabkan kegemukkan akibat pemakanan yng tidak seimbang,ia mampu memberi impak besar kepada seseorang yang berisiko mendapat penyakit serta bentuk badan yang tidak diinginkan....




0 ulasan:

Catat Ulasan